Apa Yang masmerahcupcakes & souvenir buat....

Menerima tempahan kek & Cup Cake,Coklat Homemade, Pulut kuning, goodies Bags/ door gift, Candy Bufftet & sewaan Coklat Fountain machine,Frozen food, Durian Crepe,biskut raya,Photography, Gubahan Hantaran Perkahwinan & Pertunangan, Cenderahati (mugs Heat Press), Mini Pelamin & buaian berendoi,







Harga 2013

Assalamualaikum.......Kepada semua pengunjung blog masmerahcupcakes & Souvenir! .....harga terbaru produk 2013 ada disenarai harga ya...sila rujuk untuk semua harga yang dijual disini..sekian terima kasih

Rabu, 26 Ogos 2009

Biskut Raya



Salam semua..............

Nak dimulakan cerita, semalam Mas buat biskut raya bersama anak mas Amir, kecoh dibuatnya kalau amir membantu. Habis tepung2 bertaburan sana sini.

Sebenarnya Amir yang teringin sangat nak wat kuih ni. Sebab dia tengok buku Citarasa istimewa daripada Nestle Corn flakes. Menangis-nangis si Amir suruh Mas buat.

Ingat tak Mas pernah citer dalam blog ni yang Mas pernah menghadiri sepetang bersama Chef Floran Tan dan Chef Mail bersama Nestle Corn Flakes di Hotel Flamingo. Ha.. ni lah buku2 yang mas dapat disana.
Ok lah Mas pun buat... dan di atas tu hasilnya... dapat satu balang kuih raya..sedap tau rangggguppppppppppppppp.....................
ha!..sape nak rase bleh datang rumah mas ber raya ye..

kat sini Mas kepilkan resipinya ok... tapi haruslah pakai corn flakes yg ori tu dari Nestle lagi sedap tau...
BISKUT DWI CORN FLAKES KOKO KRUNCH

Bahan 2

Doh Putih A
100g tepung gandum
25g tepung beras
½ camca teh serbuk penaik
50g nestle corn flakes (kisar halus)
100g mentega / marjerin
50g gula kastor
½ camca the esen vanilla


Doh Coklat B
100g tepung gandum
25g tepung beras
2 camca serbuk koko
½ camca teh serbuk penaik
50g nestle koko krunch(kisar halus)
75g mentega / marjerin
50g gula kastor
½ camca the esen vanilla

Cara membuatnya:
1. Ayak semua bahan A:, masukkan nestle corn flakes gaul sebati dan ketepikan.
2. Krimkan mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang. Kaup balikkan campuran tepung dan gaul sebati hinga menjadi doh yg lembut dan ketepikan.
3. Ulangi kaedah yg sama untuk bahan B
4. Canai doh A dan B secara berasingan menjadi jalur setebal 1 cm, kemudian cantum keduanya. Potong mengikut kepanjangan yg disukai.macam gambar di atas tu (mas terap je bentuk aiskrim) pastikan semasa membakar jarakkan sedikit untuk biskut mengembang.
5. Bakar dalam ketuhar 180’c (ikut jenis oven masing2 ye).selama 15-20 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan biar selama 20 minit.
6. Untuk hiasan celup biskut dengan coklat masak yg dicairkan dan tabur sedikit gula warna warni tu ( manik2). Dan siap…..



(sumber daripada buku Cita rasa Istimewa daripada Nestle Corn Flakes).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan